PENERANGAN :
1. Definisi Soldering dan Disoldering
Soldering (memateri) dan disoldering adalah satu proses yang amat penting untuk seorang juruteknik
membaik pulih peralatan elektronik. Untuk tujuan itu, seorang juruteknik mestilah mengetahui tentang
peralatan yang perlu digunakan dan juga cara mengendalikan peralatan tersebut.
1.1 SOLDERING (memateri)
Soldering adalah satu proses menyambung dua keping logam yang suhu cairnya rendah dari logam yang hendak dipateri. Secara amnya ianya menyambung dua pengalir (kaki,terminal komponen) atau pada PCB.
1.2 DISOLDERING
Disoldering adalah satu proses untuk membuka semula solder terdahulu selepas proses soldering. Kerja
ini dilakukan apabila hendak menggantikan komponen dengan yang baru.
2. Peralatan Yang Diperlukan Untuk Proses Soldering dan Desoldering
Untuk melakukan Proses Soldering atau Disoldering maka peralatan yang berikut perlu disediakan
terlebih dahulu. Diantaranya ialah:
-Soldering Iron
-Solder Lead
-Sucker
-Flux
-PCB,Komponen dan Wire
-Kertas Pasir
-Cutter
-Long Nose
-Solder Stand
No comments:
Post a Comment