Thursday, September 2, 2010

Kerosakan Akibat Overheated



     
        Sekiranya sesuatu komponen terbakar selalunya dapat selalunya dapat dikesan pada bahagian plastik komponen tersebut yang cair dan diikuti dengan bau hangit.

       Perintang direka untuk menghadkan arus. Lebih besar struktur binaannya lebih besar arus yang boleh diterima tanpa menyebabkan overheated iaitu perintang yang berkuasa 1 watt keatas. Sekiranya berlaku overheated ia akan mengakibatkan PCB turut berubah  warna.

 Perintang yang kecil iaitu 1 watt ke bawah tidak melibatkan PCB atau komponen berdekatan dengannya sekiranya berlaku overheated kepadanya. Selalunya perintang akan terbakar akibat dari komponen lain yang berdekatan dengannya yang gagal berfungsi. Komponen tesebut selalunya transistor atau kapasitor elektronik. Sekiranya anda mengesyaki sesuatu komponen overheated cuba sentuh komponen tersebut dengan jari beberapa saat untuk memeriksa kepanasannya. Selalunya perintang yang panas akan terbakar dan ini dapat dilihat dengan mata kasar atau melalui bau hangit. Kebanyakan komponen pasif yang berlaku litar buka dapat dilihat melalui kesan terbakar atau komponen tersebut pecah. Bagi komponen aktf pula korosakan komponen boleh dikesan melalui kepanasan pada badannya atau melalui bau hangit

No comments:

Post a Comment